Tuesday, August 5, 2025

Hello 2025!

Akhinya 5 Ogos 2025 aku nulis agik. Bukan apa, dolok ku anggap ngerepak dalam bentuk tulisan tuk adalah terapi. Nang mena. Sik kiralah nak ditulis kita ya orang suka kah sik suka. Janji kita gohead nulis jak. Meluahkan apa jak isik hati dalam blog. Bila ku baca balit nok ditulis lamak-lamak dolok lucu pun ada, heran pun ada. Ni ndaknya sik sangkak dolok masa nak nulis sukati kitapun jak dan rasa bebas sebebas-bebasnya sebab taem ya sekda media sosial. Nektuk mun nak nulis pun riso takut diviral urang.

Kisah lain, semenjak duak menjak tuk ku mala jak ngecek-ngecek ultra wide lens di shopee. Mok belikah sik mok beli. Rasa macam mok bergoleng-goleng nangkap gambar macam dolok-dolok.  Entahlah. Kelak beli sik terkaber nak keluar nangkap gambar. Al-maklumlah dolok gik mudak kedak boyak bolehlah kayo-kayo. Nektuk semakin mudak ada susah sikit badan dah sik kedak dolok. Baruk berginsut sikit udah lelah. Gineylah..

Ya jaklah. Aihhh... Tek madah nak nulis..


Jambatan Tamparuli, Sabah

Saturday, August 26, 2023

Internet Problemo! ~ 29 Okt 2019

Blog asal ditulis pada October 29, 2008, 3:14 pm Konten ini diselamatkan semula melalui web archive. Awas! Penulisan ini mungkin meloyakan anak tekak anda. Baca dengan risiko anda sendiri. Sekian.

Salam.. Aritok aku pegi kedei TM nak register ku empun line internet di ‘rumah baru’ aku di PJ. Tapi sayang lumda line gik sia. Kenak tunggu dak TM masang line dolok.. So, nama aku dalam waiting list.. Bayangkan sikda internet untuk 1-2 bulan tok.. Edeh hey.. Aku dah terbiasa ngan internet since 1997 lagik.. Semuanya berkaitan dengan internet.. Sikpat ku bayangkan mun sikda internet lebih-lebih lagik selepas mengenali Flickr. Sementara nunggu streamyx mungkin aku akan ‘kembali’ kepada celcom 3G..

Aku dapat surat dari Umobile petang marek.. Seperti kebiasaan aku mukak surat slow and steady. Ya Rabbi, terbeliak mata aku nangga bil aku sampei RM800.01 awok, ada satu sen kat belakang ya.. Apa lagik tanpa melengahkan masa aku terus nelepon Umobile customer service dan memulakan mesign gun kemarahan aku ekekeke.. Berterabur dak Umobile kelakar ngan aku. Sidak cek punya cek rupanya dalam pengeluaran bil ya ada ‘error’.. Ni ndak, adakah patut nelepon service centre selamak 4 minit nya ngecas RM139.00??? dan 9 minit nya ngecas RM500.00??? Logikkah?? Umobile mintak maaf dan berjanji sik akan berulang lagik kesalahan daknya. Fuuhhh.. Sib bait.. Mundak aku dah hampir2 menggerakkan ‘jentera media’ aku sak sidak Umobile malu.. Mundak dak Tv3, Metro dan utusan dah ready mok berita sensasi macam tok. (bulak ku jak). Nasib baik kau monyet.. aku dapat kau dalam siri yang lain… Hehehe…

Kisah Umobile bermula pabila aku pergi ke Shah Alam lamak reya sebelum posa gik.. Ada promosi internet 2 bulan percuma.. Apa lagi, aku nang suka lah.. Selamak 2 bulan ya aku bergumbira sama-sama.. gerak ke kiri gerak kanan goyang kaki hooray-hooray… hooray-hooray.. hooray-hooray kita bergembira… Hehehe… Dont worry, Umobile dah molah slect ngan aku, aku dah sedia nak bertukar ke mana-mana operator yang menawarkan servis yang lebih bagus.. DiGi, Maxis atau Celcom… Babai lah Umobile.. sapa nyuruh kitakorang berolah ngan aku…

Henpon.. reya ada pergi survey henpon iPhone di Sunway Pyramid, ya Allah Ya Rasul… RM3800.00 ada ka patut.. sedangkan rega iPhone 3G nak baru ya mun di convert dalam RM baruk jak RM1500 minimum, RM1800 maksimum.. Awok, ya untuk 8gb.. Kenak unlock gik ya.. edeh.. Mun macamyalah, iboh jak makei iPhone, bagus ku makei Ophone kah, Ephone kah, Uphonekah.. lagik bagus.. Tunggu jak mun dak Celcom atau DiGi tengah berebut nak jadi pengedar iPhone ya di Malaysia…

Well, teknologi sebenarnya dicipta untuk memudahkan manusia, bukan untuk mnyusahkan right?? Yang salah bukan teknologi, tapi manusia yang menyalahgunakan teknologi.. Mun kita nangga betapa raminya remaja rosak akhlaknya kerana teknologi, media knektok.. Melalui henpon bole nyimpan video ‘tooot’… Internet bole nangga ‘tooot”… Senang yang amat-amat.. Sumber dah ada, maok sik maok jak jawapannya… Tangga jak dalam tv.. Mcmney miak knektok sik terikut-ikut? Setakat blur (cencored) nak bahagian berkenaan pun orang masih boleh imagine “tooot”.. Bahaya.. Bahaya..

Udahlah aku merepak tok.. sikda papa pun, tazkirah untuk dirik aku empun juak.. saling ingat-mengingati antara satu sama lain… Wassalam..

Sunday, September 27, 2020

Happy 22nd Birthday Google




Siapa yang tak kenal Google? Dari hanya sekadar enjin carian dan penyedia perkhidmatan Gmail, Google juga merupakan penyedia Google Maps dan membangunkan sistem operasi Android. Mana-mana sahaja kita akan jumpa Google dalam kehidupan seharian kita. Mana nak lari? Sana Google sini Google sampai nak bercakap pun kita akan cakap "cuba kau google."

Google merupakan sebuah syarikat teknologi multinasional yang berpengkalan di Mountain View, California, Amerika Syarikat. Al-kisahnya, perkataan "Google" berasal dari kesilapan mengeja "googol," (sila google kalau nak tau haha). Google bermula sebagai satu projek penyelidikan pada Januari 1996 oleh Larry Page dan Sergey Brin, dua pelajar Ph.D. di Universiti Stanford, California. (sila google haha).

Apa-apa pun, selamat hari jadi ke 22 tahun Google. Semoga panjang umur dan murah rezeki serta dipermudahkan urusan ehekk!

Thursday, September 17, 2020

Happy 21st Birthday Blogger! Blog Boleh Monetize?

Photo by Vlada Karpovich from Pexels
Photo by Vlada Karpovich from Pexels

Salam guys! Pejam celik pejam celik tak sangka dah 21 tahun umur Blogger ni. Aku start terjebak dengan blogger ni pada tahun 2006 pada tahun yang sama syarikat gergasi Google mengambil alih YouTube. Arrgghhh! Kenapalah aku tak buat YouTube pada tahun yang sama? Pada masa itu YouTube belum ada syarat-syarat macam sekarang. Jawapannya ialah: Sebab aku tak nak ambik tau dan takde sape pada masa itu bagitau atau promote YouTube pada aku. Sedih kan?

Dari Blogger Menjadi 'Zombie Facebooker'

Berbalik kepada blogger tadi, bilakah perkhidmatan blogger ini mula wujud di muka bumi? Untuk maklumat korang, pada 23 Ogos 1999, Blogger telah dilancarkan oleh Pyra Labs yang diasaskan bersama oleh Evan Williams dan Meg Hourihan. Pada bulan Februari 2003, Pyra Labs diambil alih oleh Google dengan syarat yang tidak didedahkan.

Jadi, pada tahun 2006 semasa aku mula menulis blog, pada masa ini blogger-blogger seluruh Malaysia tumbuh bagai cendawan. Ada yang jadi selebriti blogger, ada yang kahwin dengan artis, ada yang super aktif sampai setiap hari mesti nak menulis. Tapi bermula sekitar 2004 ke atas, kemunculan Facebook telah secara perlahan-lahan mula "mematikan" seorang demi seorang blogger menjadi zombie facebooker. Korang boleh tak setuju dengan aku, tapi ini adalah proses 'facebooksianisasi' yang orang tak sedar pada masa itu sebab kita, ya kita semua mula teruja dengan kehadiran facebook.

Facebook Semakin Menjangkiti Kita Semua

Tanpa kita sedari, semakin ramai terpesona dengan 'keindahan' facebook dan semakin ramai mula melupakan blog. Blog-blog mula bersawang dan tiada kemas kini penulisan terbaru. Facebook pula lebih stylo dan siapa yang tidak mempunyai facebook dianggap seperti kolot atau ketinggalan zaman. Maka semakin ramai yang dulunya blogger, akhirnya bertukar menjadi facebooker. Alasan paling banyak didengari ialah "malas nak tulis" disebabkan sudah ada facebook.

Blogging Kini Hidup Kembali

Haaa.. mesti korang tak percayakan? Tahun 2020 ni dah semakin ramai orang dah mula menulis balik. Khabarnya ramai juga di antara mereka-mereka ini adalah blogger pada suatu masa dahulu dan ada juga mereka yang datang dari aliran video atau YouTuber. Eh mengapa?

Menulis Pun Boleh Buat Duit

Rupa-rupanya menulis blog pun boleh buat duit guys. Sebagai penulis blog, jika menepati syarat kelayakan, blog kita akan ada iklan. Melalui paparan iklan ni pula datangnya duit. Semakin popular blog dan konten korang,  semakin banyak jugak bayaran yang korang bakal dapat.

Iklan oleh Google Adsense

Cara AdSense berfungsi adalah dengan menayangkan iklan yang relevan dengan konten yang muncul di halaman tertentu blog korang. Contohnya, jika blog korang pasal jalan-jalan dan korang baru sahaja publish penulisan mengenai perjalanan ke Kundasang, Sabah sebagai contoh, AdSense mungkin memaparkan iklan mengenai insurans perjalanan, iklan Trivago atau iklan pasal Air Asia atau Malaysia Airlines. AdSenseakan bayar korang bila tau? Bila pengguna melihat atau berinteraksi dengan iklan. Mudahkan!

Syarat Monetize

Seperti YouTube, blogging juga perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Google. Nak cerita kang panjang sangat jadi korang boleh baca kat sini Community Guidelines Aku cuma ringkaskan, just follow garis panduan tu jangan sesekali korang langgar kalau tak blog korang tak akan ada iklan. Unless korang memang jenis tak kisah ada iklan atau tak.

Sikap Malas

Dalam banyak-banyak perkara, benda yang paling memusnahkan sesuatu impian, cita-cita atau harapan ialah sikap malas. Menulis blog juga tidak terlepas dengan masalah malas ini. Semakin banyak korang tulis, semakin tinggi peluang untuk dapat duit. Kawan aku relax-relax tulis blog jarang-jarang update pun dapat busuk-busuk RM200-RM800 sebulan. Jadi aku pun malas nak menulis panjang sebab kalau diikutkan panjang lebar nak tulis macam-macam idea tooot dalam kepala tapi disebabkan malas, maka dengan ini aku berhenti dulu sampai takat ni hahaha.. 

Thursday, April 9, 2020

Kenangan Menjadi Blogger Dulu-Dulu?


Assalamualaikum. Waalaikumussalam. Aku jawab sendiri salam sebab aku tak sure masih ada lagikah orang baca blog zaman sekarang. Apa khabar blog? Khabar baik? Tersangatlah cepat masa berlalu semenjak zaman permulaan aku mainblog dulu iaitu tahun 2006. Blog pun bnyak kali buka tutup, tulis padam, sehinggalah rasa menyesal banyak juga penulisan dalam blog ini yang tidak lagi wujud.

Dari zaman blogspot, wordpress dan bermacam penyedia blog terkenal suatu masa dulu sehinggalah kemunculan facebook terus menyebabkan manusia termasuk aku sekali jadi malas menulis merapu merepek. Dari zaman flickr kemudian muncullah Instagram pun menyebabkan manusia sekali lagi beralih kepada fotografi digital secara mobile. Blogger mula berpencen dan mengadap facebook sepanjang masa manakala flickr akhirnya 'bungkus' dan diambil alih oleh Smugmug dan antaramuka flickr menjadi sangat tidak menarik berbanding Instagram.

Sekarang dah ada tik tok, Bigo, YouTube lagilah semua orang dah tak peduli pasal blog. Kesiannya kau kan blog.

Tetapi ada dua benda yang masih kekal dalam dunia blog, iaitu adsense, pengiklanan untuk blogger dan SEO melalui carian google. Menulis blog juga boleh menaikkan SEO media sosial korang yang lain, dengan syarat krang menulis dan share di blog dan isi kat 'labels" tu banyak-banyak, Sangat-sangatlah rugi aku berehat dari blog beberapa tahun ni sehingga menyebabkan aku punya adsense hilang macam tu je. So, sekarang pengiklanan melalui adsense untuk blogger dah macam mana ye? Aku pun blurred.

So harap-harap lepas ini aku dapat lagi menulis merapu merepek macam dulu-dulu. Menulis sebenarnya adalah terapi. Oklah blog. Aku nak tidur dulu. Pelik pula rasa menulis blog ini.

Monday, August 26, 2019

Kiriman Special Dari sabah!


Assalamualaikum dan selamat petang gais! Kepala jammed minggu ni banyakkkk bende nak kena settle. Last week aku dapat kiriman dari Membakut Sabah. Bukan dapat kiriman hadiah tapi sebenarnya kiriman yang aku order dari seorang kawan youtuber.

Best weh. Barang yang aku order ni very rare tau. Yang ni kira design1 ade lagi design-design yang lain aku akan order. Rasa macam zaman dulu-dulu order baju geng Sony best je promote komuniti Sony sna-sini. Kali ni bukan Sony tapi Komuniti Youtuber. Nak tau tengok sendiri.

Thanks to bro Rudy dari MRZ Vlogs. Korang taip nama MRZ Vlogs korang akan jumpa channel youtube dia. Rugi tak polo gais. Ok aku nak balik kerja. Roger and Out!

Sunday, December 20, 2015

Makan Mi Goreng Udang Besar Sambil Menyanyi di Tanjung Dawai





Mari nyanyi..

Telah bertahun lama,
Tenggelam arus masa,
Di dalam ingatanku,
Masih segar terasa..

Terkadang aku sama,
Mengatur bunga cinta,
Keadaan memaksa,
Kita terpisah jua..

Andainya aku berdaya,
Kan kucoretkan untukmu,
Sebagai kenangan kita,
Kan ku buktikan untukmu,
Akan aku buktikan..


Kuukir namamu,
Di awang Gunung Jerai,
Disaksikan laut daun nyiur melambai,
Jauh pandangan permai,
Di situ Tanjung Dawai,
Terkenang peristiwa,
Cinta kita terurai..

Oh! Indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh...

Masih ingatkah oh kekasih,
Biarpun kini kau di mana,
Namun dengarlah lagu ini,
Cinta kita di Pantai Merdeka..


Biasa dengarkan lagu kat atas? Tanjung Dawai terletak di daerah Kuala Muda dan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Sungai Petani kerana jaraknya cuma 30km dari bandar Sungai Petani, Kedah. Tanjung Dawai ni pemos dengan makanan laut. Penduduk sini kebanyakannya merupakan golongan nelayan dan petani mungkin kerana kedudukan Tanjung Dawai itu sendiri yang terletak di muara sungai.




Ini adalah first time saya berkunjung ke sini. Kebetulan baru sahaja habis bermesyuarat di Alor Setar perut pulak berbunyi-bunyi menandakan masuknya waktu makan. Jadi dah kebetulan jalan ni tembus-menembus juga ke destinasi seterusnya di Pulau Pinang, maka singgahlah sebentar di Arked Tanjung Dawai. Mula-mula tengok biasa jer tempat ni tapi bila dah duduk kat kedai-kedai makan situ barulah ternampak menu Mi Goreng Udang. Terdetik di hati nak cuba try test. Tanpa ragu-ragu, terus pesan sepinggan. Alangkah terkejutnya saya bila yang dipesan rupanya Mi Goreng Udang besar, sebesar tapak tangan 2 ekor pula tu! So masing-masing kami meneka harga. Ada yang teka RM9.00 sepinggan, ada yang teka RM20.00 sepinggan akhirnya harga yang sebenar ialah RM15.00 sepinggan. Berbaloi per!

Dengan makan-makan udang besar macam tu dan pemandangan kapal-kapal nelayan lalu lalang dan Pantai Merdeka nampak nun seberang sana, adalah satu pengalaman yang sangat menarik bagi saya. Makan dapat, pemandangan cantik pun dapat, aweks cun-cun pun dapat. Dapat tengok jerlah.








Lepas makan menjadi perkara wajib tengok apa yang istimewa sangat kat Arked Tanjong Dawai ini. Jadi kami meronda kedai ke kedai menjual pelbagai hasil laut dari ikan pekasam, sotong kering, ikan bilis dan belacan Tanjung Dawai yang pemos-emos. Tanjat boboi tengok kat sini ada jual ikan terubuk masin!

Jadi, janganlah lupa untuk singgah sini. Kebanyakan orang-orang Utara suka mai sini untuk mendapatkan bekalan makanan laut mereka untuk dibawa pulang ke kampung atau pun KL sewaktu balik dari bercuti.

{ My Popular Posts }